Wednesday, May 13, 2009

Bincangkan peranan dan pengaruh Agama Buddha ke atas masyarakat Thailand dan Burma sebelum campurtangan Barat.

Agama Buddha begitu penting kepada masyarakat Burma dan Thailand sebelum campur tangan Barat.  Kedua-dua Negara mengamalkan ajaran Buddha Theravada yang merupakan amalan hidup dan mempunyai hubungan erat dengan organisasi politik dan sosial.  Agama Buddha telah membentuk kehidupan bermasyarakat di kedua-dua Negara.

 

          Agama Buddha menjadi symbol kepada masyarakat Burma.  Raja Burma menjadi pelindung dan penganjur agama Buddha.  Bagi masyarakat Burma, raja mereka ialah jelmaan Buddha di dunia ini dan mereka perlu patuh kepada raja mereka.  Raja lebih mementingkan agama Buddha dan menggalakkan perkembangan agama Buddha ini ialah raja yang lebih dihormati dan disayangi oleh rakyat.  Istana raja dianggap sebagai tempat yang suci dan sesiapa yang ingin memasuki kawasan istana mesti mematuhi segala adapt seperti menundukkan kepala dan menanggalkan kasut apabila menghampiri istana.  Agama Buddha sangat kuat mempengaruhi pemikiran seseorang raja di Burma.  Raja-raja Burma mengumpulkan banyak gajah putih yang dianggap sebagai symbol kedaulatan sejagat dan pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib. 

 

          Paderi Brahman ialah penasihat utama raja Burma dalam hal-hal berkaitan dengan prinsip dharma dan disiplinnya.  Paderi ini menjalankan adat istiadat pertabalan raja dan perkahwinan diraja.  Undang-undang biara dan sangha digunakan bagi menjaga kepentingan dan keamanan masyarakat.  Pendidikan agama juga dianggap penting.  Dari segi perpaduan, sangha Buddha memainkan peranan penting kerana merekalah yang dihormati dan disegani oleh masyarakat.  Ternyata, agama Buddha sangat penting dalam kehidupan masyarakat Burma.  Ia memberikan masyarakat Burma satu nilai tradisi yang sama.  Ini membawa maksud bahawa pemikiran dan tindakan mereka seolah-olah ditentukan oleh nilai agama Buddha.  Oleh yang sedemikian, rakyat Burma akan lebih patuh kepada raja mereka.

 

          Seperti di Burma, agama Buddha Theravada merupakan amalan hidup yang penting dan mempunyai hubungan yang erat dengan organisasi politik dan masyarakat di Thailand.  Raja dianggap sebagai penaung dan pendukung agama.  Menurut agama Buddha, seseorang raja dikatakan mempunyai pahala yang paling banyak ini, raja berkemampuan menjamin kemakmuran dan keselematan Negara.  Agama Buddha juga membantu raja memerintah dengan adil dan saksama selaras dengan konsep dharma raja.

 

          Golongan sangha memainkan peranan penting dalam masyarakat Thai tradisional.  Seorang hamba boleh mengubah kedudukan sosialnya jika menjadi seorang sami.  Golongan sama berperanan sebagai guru kepada masyarakat dan menjalankan upacara perkahwinan, pertabalan raja, pembakaran mayat dan sebagainya.  Susunan sangha menjadi alat perpaduan antara masyarakat dengan raja.  Mereka yang bertanggungjawab menyebarkan prinsip taat setia kepada raja dan pemimpin-pemimpin masyarakat melalui khutbah dan falsafah agama.

 

          Masyarakat Thai yang beragama Buddha sanggup  menerima susunan hierarki masyarakat Thai tradisional.  Ini adalah kerana mereka mempercayai bahawa susunan ini telah pun ditentukan dalam konsep-konsep agama iaitu bun (pahala) dan bab (dosa).  Ini bermakna segala kedudukan dan keadaan hidup seseorang ditentukan oleh perlakuannya semasa hidup.  Rakyat Thai lebih menerima kedudukan mereka dalam struktur social berdasarkan kepercayaan ini. 

 

          Di negera Thai, apabila seorang lelaki Thai yang telah meningkat usianya 20 tahun, dia dikehendaki menjadi seorang sami selama tiga bula.  Agama Buddha mempunyai pengaruh kuat ke atas masyarakat Thailand dan Burma.  Amalan hidup masyarakat  dan organisasi politik ditentukan oleh agama Buddha.  Agama Buddha memberikan penanda, panduan, dan pemikiran kepda raja dan rakyat di Thailand dan Burma.  Pengaruh ini semakin lemah apabila Barat campur tangan di kedua-dua buah Negara. 

No comments:

Post a Comment