Tuesday, May 12, 2009

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pengubalan dasar luar Malaysia pada 1957.


 

Ketika kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di isytiharkan pada 31 Ogos 1957, pemimpin-pemimpin Negara kita masih belum mempunyai banyak pengalaman serta pengetahuan dalam perkara-perkara berkaitan hubungan antarabangsa.  Sebelum ini, mereka hanya terlibat dalam hal-hal memperjuangkan kemerdekaan Negara.  Tambahan juga, pihak British berkuasa penuh dalam hal hubungan antarabangsa.  Akan tetapi, ketika Pilihanraya Umum1955, Parti Perikatan telah mengemukakan beberapa perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal antarabangsa dalam manifestonya walaupun tiada bahagian yang khusus berkaitan dasar luar.

 

          Contohnya, Parti Perikatan telah mengandaikan Persekutuan Tanah Melayu sangat penting kepada Amerika Syarikat dari segi dasar antikomunis.  Amerika Syarikat dianggap bertanggungjawab untuk bertindak agar fahaman komunis tidak sampai ke Tanah Melayu.  Parti Perikatan juga berpendapat bahawa Amerika Syarikat akan bersimpati untuk memberikan bantuan kepada Tanah Melayu.  Ini menunjukkan kekurangan pengalaman pemimpin-pemimpin Melayu dalam hal-ehwal politik antarabangsa.

 

          Sebenarnya, dasar anti-komunis Amerika Syarikat merupakah salah satu factor yang mempengaruhi dasar luar Persekutuan Tanah Melayu.  Sebenarnya kerajaan Persekutuan telah melalui satu tempoh pahit akibat ancaman komunis.  Perjuangan menentang komunis berlansung dari tahun 1948 hingga tahun 1960.  Pemimpin Parti Parikatan dan rakyat Tanah Melayu bencikan fahaman komunis.  Inilah sebabnya.

 

          Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pemimpin Parti Perikatan tidak menjalin hubungan diplomatic dengan mana-mana Negara komunis sehingga tahun 1968.

 

          Sikap anti-komunis kerajaan Persekutuan ini jelas apabila kerajaan menandatangani satu perjanjian pertahanan dengan kerajaan British pada tahun 1957.   Melalui perjanjian pertahanan ini, kerajaan Persektutuan Tanah Melayu membenarkan tentera British, Australia dan New Zealand ditempatkan di Negara untuk menentangan revolusi bersenjata Parti Komunis Malaya.

 

          Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu, Tuanku Abdul Rahman pernah menyatakan bahawa kerajaan memang bersikap anti-komunis dan kerajaan tetap akan mendukung cita-cita Barat, yakni sikap pro-Barat.

 

          Ini dengan jelas menunjukkan bahawa dasar luar Negara kerajaan Persekutuan jelas bersikap pro-Barat.  Hubungan diplomatic Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu adalah terhad kepada Negara-negara yang bukan komunis, iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Filipina dan India.  Satu bukti lagi ialah semasa lawatan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, ke Republik Vietnam pada tahun 1958, beliau telah mengecam dengan kerasnya ancaman fahaman komunis di Vietnam Utara.

 

          Dasar Luar kerajaan Persekutuan Tanah Melayu juga mengambil kira factor rumpun bangsa.  Hubungan Negara kita dengan Indonesia jelas membuktinya.  Bumiputera Malaysia dan pribumi Indonesia berasal daripada satu rumpun bangsa yang sama.  Mereka mempunyai bahasa dan kebudayaan yang hampir sama.  Mereka juga menganuti agama yang sama, iaitu agama Islam.  Jadi factor rumpun yang sama juga mempengaruhi penggubalan dasar luar Persekutuan Tanah Melayu.

 

          Penggubalan dasar luar Persekutuan juga mengambil kira perkongsian sempadan yang sama dan soal keselamatan dan persahabatan.  Contohnya, hubungan Negara kita dengan Thailand.  Semasa Negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Thailand merupakan Negara tunggal yang mempunyai sempadan darat yang sama dengan Persekutuan Tanah Melayu.  Ini membawa kepada kerajaan kita menandatangani perjanjian kerjasama sempadan dengan Thailand.  Pada tahun 1965, General Order Committee dibentuk.  Jawatan kuasa ini sangan membantu kerajaan kita dalam usaha membenteras ancaman komunis.  Dengan adanya jawatankuasa ini pasukan keselamatan Tanah Melayu boleh memasuki Thailand untuk memburu anasir komunis.

 

          Hubungan diplomatic demi perasaan persahabatan jelas apabila kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menjalin hubungan dengan negera-negara seperti Australia dan New Zealand melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu utnuk menjaga kepentingan Negara di bawah naungan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

 

          Jelas bahawa dasar luar kita bertujuan menjaga dan meningkatkan kepentingan Negara.  Negera kita mengutamakan kepentingan ekonomi dan social dalam hubungannya dengan Negara luar.  Pada peringkat awal Negara kita baru mencapai kemerdekaan, dasar luar Negara kita sangat bersikap pro-Barat dan anti-komunis.  Ini dapat dilihat kerana pemimpin-pemimpin kita masih belum mempunyai pengalaman pentadbiran yang mencukupi.  Mereka masih bergantung British.

 

No comments:

Post a Comment