Wednesday, May 13, 2009

Huraikan kegiatan sara diri masyarakat tempatan Filipina dan Vietnam sebelum kedatangan Barat.

Penduduk tempatan Filipina dan Vietnam sebelum kedatangan Barat mengamalkan sistem ekonomi sara diri.  Penduduk Filipina dan juga Vietnam menjadikan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi paling utama.  Hal ini berkaitan dengan kesuburan tanah pertanian.  Kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan oleh penduduk Filipina dan juga Vietnam hanya untuk memenuhi keperluan sendiri dan menggunakan kaedah tradisional.  Malahan, hasil yang diperolehi sangat sedikit dan hanya mampu menampung keperluan keluarga.

 

          Di Filipina, pertanian merupakan ekonomi utama bagi penduduknya.  Sebelum kedatangan Sepanyol dan Amerika Syarikat, penduduk Filipina menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi mereka.  Antara jenis tanaman yang diusahakan oleh penduduk Filipina ialah kelapa dan abaka.  Kegiatan pertanian memberi sumber pendapatan kira-kira 33 peratus kepada ekonomi Negara. 

 

          Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perindustrian ringan.  Masyarakat Filipina yang menjalankan kegiatan perindustrian aalah berasaskan hasil pertanian dan juga kraftangan.  Penduduknya berkemahiran menghasilkan barang kraftangan terutamanya yang berasaskan hasil laut.

 

          Kegiatan ekonomi tradisional lain ialah mencari hasil alam.  Masyarakat yang tinggal di pinggir pantai biasanya akan mendapatkan hasil alam daripada laut.  Penduduk yang tinggal  di pinggir hutan pula menari hasil hutan sebagai ekonomi utama.

 

          Kegiatan ekonomi  ekonomi tradisional lain ialah mencari hasil alam.  Masyarakat yang tinggal di pinggir pantai biasanya akan mendapatkan hasil alam  daripada laut.  Penduduk yang tinggal di pinggir hutan pula mencari hasil hutan sebagai ekonomi utama.

 

          Kegiatan perdagangan antara pulau turut dijalankan.  Aktiviti perdagangan tukar barang sememangnya merupakan cara penduduk Firlipina menjalankan perniagaan mereka.  Memandangkan Filipina terdiri daripada banyak pulau, maka perhubungan dengan menggunakan jalan laut memudahkan aktiviti perdagangan dijalankan.

 

          Di Vietnam, kegiatan ekonomi tradisional masyarakat Vietnam ialah pertanian.  Sebelum kedatangan Perancis, kegiatan penanaman padi telah dijalankan secara besar-besaran di Vietnam.  Penanaman padi sawah bergantung pada tahap kesuburan tanah di sepanjang lembah Mekong dan Lembah Sungai Koi.  Penggunaan baja daripada najis haiwan begitu banyak diaplikasikan di Vietnam.

 

          Masyarakat tradisional Vietnam membina sistem parit dan tali air.  Masyarakat Vietnam sememangnya berkemahiran membina sistem pengairan untuk mengairi kawasan sawah-sawah padi dan mengawal banjir dari Sungai Mekong dari kemusnahan kawasan pertanian.

 

          Masyarakat turut mengusahakan pertukangan tangan.  Antara kegiatan pertukangan yang diusahakan ialah tembikar dan anyaman.  Malahan, penduduk Vietnam telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan orang China yang berada di sempadan kedua-dua Negara.  Terdapat banyak jong-jong China di pelabuhan Vietnam.

 

          Kesimpulannya, sebelum kedatangan Barat di Filipina dan  Vietnam, kegiatan ekonomi utama kedua-dua Negara ialah pertanian.  Kaedah yang digunakan bersifat tradisional dengan menggunakan peralatan yang sederhana.  Penduduk kedua-dua berkemahiran dari segi pembinaan sistem pengairan dan penggunaan baja organic.  Masyarakat Filipina dan Vietnam juga menjalankan kegiatan ekonomi lain seperti pertukangan  dan perdagangan secara kecil-kecilan.   Pihak Barat telah memperkenalkan sistem ekonomi yang lebih mengutamakan keuntungan semata-mata.  Hal ini menyebabkan penduduk tempatan yang menjalankan kegiatan ekonomi tradisional tidak mampu bersaing dengan penguasa Barat.

No comments:

Post a Comment